26/02/2014

Petua mencari kawan sejati

Ingatlah ketika orang / kawan memerlukan bantuan jangan sekali-kali mencari alasan untuk tidak menolongnya!!


*Share dari Facebook Abu Anas Madani

Membuat Perkara Syirik dan Bermusuhan

Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi SAW bersabda :

"Allah 'Azzawajalla "muncul"(menurunkan rahmat dan membuka pintu keampunan) ke atas makhlukNya pada malam Nisfu Sya'ban; lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang musyrik dan orang yang bermusuhan"

(Riwayat Ibn Hibban dan Al-Tabrani)

Kejahatan Diri Disakiti Orang Lain

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

"Tidak masuk syurga seseorang yang membuatkan jirannya tidak merasa aman dengan kejahatan dirinya"

(Riwayat Muslim)

Takabbur

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi SAW bersabda :

"Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur"

(Riwayat Muslim)

Membuat Fitnah

Daripada Huzaifah bin alYaman r.a, Nabi SAW bersabda :

"Tidak masuk syurga orang yang suka mengacum(menyebar fitnah)"

(Riwayat Muslim)

Menceroboh Hak Orang Lain

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

"Setiap Muslim keatas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya."

(Riwayat Muslim)

Dosa Penghalang Rezki

Daripada Thauban r.a, Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya seseorang insan terhalang daripada mendapat rezki lantaran dosa yang dilakukannya"

(Riwayat ibn Majah)

25/02/2014

Allah tidak mengazab tanpa hujah dan alasan

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda :

"Allah memberi keuzuran kepada orang yang dilewatkan ajalnya hingga usia enam puluh tahun"

(Riwayat al-Bukhari)

Keterangan :

Tiada lagi keuzuran bagi orang yang telah menjangkau usia enam puluh tahun untuk tidak melakukan amal kebaikan, bertaubat dan bertakwa. Sebab ia telah melihat pelbagai perkara yang boleh menjadi iktibar dan peringatan.

Amalan Yang Berkekalan

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

"Apabila seseorang mati, terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga perkara : Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya. "

(Riwayat al-Tirmizi)

Larangan Mencela Orang Mati

Daripada Aisyah r.ha, Nabi SAW bersabda :

"Janganlah kamu mencela orang yang telah mati, sesungguhnya balasan amalan mereka telah disampaikan"

(Riwayat al-Bukhari)

Bahana Kehilangan Ulama dan Ketandusan Ilmu

Daripada Abdullah bin Amr r.a , Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut(menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh(mematikan ) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain. "

(Riwayat al- Bukhari)