27/05/2013

Petua Untuk Berkasih Sayang dan Saranan Untuk Berkasih Sayang


Tidak akan kamu masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikira kamu beriman sehingga kamu berkasih-sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu beramal dengannya, nescaya kamu akan berkasih-kasih? Iaitu, SEBARKANLAH SALAM ANTARA KALIAN.” 

(Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

05/05/2013

Doa keluar dari rumah


03/05/2013

Harta dan Umat Islam

Daripada Ka'ab bin 'iyadh r.a,
Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat 'fitnah'(kesesatan dan maksiat). Dan 'fitnah' terhadap umatku ialah pada harta. "

(Riwayat al- Tarmizi dan Ahmad)

-----------------------------------------------------

Daripada Abu Hurairah r.a
Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, Tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa. "

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Balasan Kepada Mereka Yang Enggan Berzakat

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a,
Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Tidak ada seorang pun yang tidak menunaikan zakat hartanya melainkan dijelmakan di hadapannya seekor ular yang besar berkepala putih(kerana terlalu banyak bisa) sehingga ia membelit leher orang itu "

(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)

01/05/2013

Nasihat Sayyidina Umar Al-Khattab

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. 
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. 
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. 
Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.

(Sayyidina Umar Al Khattab)

27/04/2013

Keuntungan Berucuk Tanam

Dari Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : 


"Setiap Muslim yang menanam pohon, maka setiap buahnya yang dimakan orang  penanamnya memperoleh pahala sesekah. Yang dicuri orang, penanamnya juga memperoleh pahala sedekah. Yang dimakan binatang, penanamnya memperoleh pahala sedekah. Yang dimakan burung, penanamnya memperoleh pahala sedekah. Yang diambil orang, penanamnya juga memperoleh pahala sedekah."

(Hadis sahih riwayat Muslim)

08/04/2013

Biodata Perawi Hadis : Abu Usaid al Sa'idi

Abu Usaid al Sa'idi  nama sebenarnya ialah Malik Bin Rabi'ah.

Beliau terkenal dengan gelarannya , pernah terlibat dalam peperangan Badar dan yang lainnya, Meninggal dunia pada tahun 30 hijrah. Merupakan orang terakhir meninggal dunia daripada kalangan mereka yang terlibat dengan perang badar

(Rujukan : 300 Hadis Bimbingan)

Jalan Menuju Syurga Dan Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi saw bersabda :

"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan

"Syahwat" : syahwat yang diharamkan seperti arak, zina melihat ajnabi, mengumpat, melakukan sesuatu yang melalaikan dan sebagainya. Tidak termasuk dalam hadis ini syahwat yang diharuskan , tetapi makruh membanyakkannya kerana dikhuatiri boleh membawa kepada sesuatu yang haram, mengeraskan hati, meninggalkan ketaatan dan sebagainya
(Tuhfah al-ahwazi)

Sebuah Pohon Di Dalam Syurga

Daripada Anas bin Malik r.a , Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya didalam syurga terdapat sejenis pohon ; Jika seseorang penunggang melaluinya ia akan terus berada di bawah naungan pohon itu selama seratus tahun sebelum melepasinya. "

(Riwayat Al-Bukhari)

Ganjaran Untuk Orang Soleh

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda :

"Allah 'azzawajalla berfirman : 'Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata, tidak pernah didengar dengan telinga, dan tidak pernah terlintas di hati manusia .' "

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

05/04/2013

Kesan Wuduk pada hari akhirat


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah"
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daripada Uqbah bin Amir r.a, Nabi SAW bersabda :
"Tidak seorang pun daripada kamu yang berquduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa :"Aku bersaksi bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Hamba Allah dan utusanNya"melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasuki nya melalui pintu yang ia kehendaki "
(Riwayat Muslim)

Berfikir sebelum bertindak


"Dan janganlah engkau ikuti apa yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang-nya, sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan hati semuanya itu akan di tanya"

(QS Al-Isra': 36).

Berilmu lah sebelum berbicara, bersikap, ataupun dalam bertindak. Diam itu lebih baik dari pada bicara tanpa ilmu. Jangan sampai ucapan dan tindakan mengundang MURKA Allah, meskipun dianggap kecil seperti di FB dan sebagainya...

Saranan Menolong Orang Yang Dalam Kesusahan



"barang siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, Maka Allah Taala akan memudahkan
urusannya di dunia dan akhirat "

(HR Muslim)

Saranan Menuntut Ilmu


Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga "

(Riwayat Muslim no : 2699)

Amalan Membawa Ke Syurga


Daripada Abu Umamahr.a : Nabi SAW bersabda :

"Bertakwalah kepada Tuhan kamu , Tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu(ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan Kamu"

(Riwayat al Tarmizi)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keterangan :

- Dikhususkan amalan dengan perkataan "kamu" agar terdapat kesesuaian antara perkataan yang berkaitan dengan amalan dan perkataan yang berkaitan dengan balasan iaitu "Syurga Tuhan Kamu" . Juga dapat dilangsungkan akad jual beli antara hamba dan Tuhannya, sebagaimana yang difirmankan Allah (bermaksud):
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mukmin akan diri mereka"
(surah a-Tawbah : 111)
-Al-Thibi mengatakan: Hikmah disandarkan dengan perkataan "Kamu" ialah :-
  1. Memberi tahu bahawa amalan amalan yang mempunyai kaifiyat yang tertentu ini adalah antara ciri ciri khusus yang dimiliki umat ini.
  2. menggesa agar bersegera mematuhi perintah dengan perintah yang diberikan.
  3. mengingatkan bahawa di sebalik penambahan perkataan ini terdapat penambahan ganjaran yang lebih tinggi dan sempurna iaitu syurga. Perkataan syurga pula disandarkan kepada sifat ketuhanan(rabb). Ia memberikan bayangan maksud tentang kelebihan pemerhatian daripada Tuhan dengan memberi nikmat yang berbza daripada umat umat lain.
(Tuhfah al ahwazi)
(Rujukan : "300 Hadis Bimbingan" Karangan  Ustaz Zahazan Mohamed dan Ahmad Hassan Mohd. Nazam : Ms 51)

Bacaan Surah Yang Disyorkan Ketika Solat Berjemaah


Dari Jabir r.a. katanya :

"Muaz sembahyang mengimami kawan-kawannya pada sembahyang Isya' Oleh kerana bacaan Mu'az sangat panjang, maka salah seorang dari
makmum keluar dari saf lalu sembahyang sendiri. Keadaan ini  diberitahu kepada Mu'az , lalu berkata : "Sesungguhnya orang itu munafiq."
Takala orang itu mendengar kabar bahawa ia ternoda, ia datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. pun berkata kepada Mu'az:
"Apakah engkau mahu jadi tukang fitnah?" . "Kalau engkau jadi imam cukup dengan membaca :
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (Surah Ash-Shams(Matahari) - Surah Ke 91 dalam Al - Quran)
atau
سَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى (Surah Al-Ala(Yang Maha Tinggi/Yang Tertinggi) - Surah Ke 87 dalam Al - Quran)
atau
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ (Surah Al-Alaq(Darah Beku/Gumpalan Darah) - Surah Ke 96 dalam Al - Quran)
atau
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى (Surah Al-Lail(Malam) - Surah Ke 92 dalam Al - Quran)


(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

Maksud Ehsan

Dari Umar r.a. juga dia berkata : 

"Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata:
 "Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?"
maka bersabdalah Rasulullah saw:
"Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu "
kemudian dia berkata: anda benar 
Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan.Kemudian dia bertanya lagi: "Beritahukan aku tentang Iman " 
Lalu beliau bersabda: "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk "
kemudian dia berkata: "anda benar"
Kemudian dia berkata lagi: "Beritahukan aku tentang ihsan"
Lalu beliau bersabda:"Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau". 
Kemudian dia berkata: " Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)"
Beliau bersabda: "Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya"
Dia berkata:  "Beritahukan aku tentang tanda-tandanya"
Beliau bersabda:  "Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya" 
Kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar.
Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: "Tahukah engkau siapa yang bertanya?" aku berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui "
Baginda saw bersabda: " Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian "

(Hadis sahih riwayat Muslim)

03/04/2013

Hak Muslim Keatas Muslim Yang Lain


Dari Abu Ishak dari Harith dari Ali berkata telah bersabda Rasululullah s.a.w. :

"Hak kebaikan seorang muslim atas muslim lainnya itu ada enam, yaitu; mengucapkan salam jika bertemu, memenuhi undangannya, mendo'akan YARHAMUKALLAAH (semoga Allah memberimu rahmat) apabila bersin, menjenguknya apabila sakit, mengiringi jenazahnya apabila meninggal & mencintainya sebagaimana mencintai diri sendiri. "

(Dan dalam bab ini, ada hadits dari Abu Hurairah, Abu Ayyub, Al Barra` & Abu Mas'ud. Abu Isa berkata; Hadits ini hasan)