05/04/2013

Bacaan Surah Yang Disyorkan Ketika Solat Berjemaah


Dari Jabir r.a. katanya :

"Muaz sembahyang mengimami kawan-kawannya pada sembahyang Isya' Oleh kerana bacaan Mu'az sangat panjang, maka salah seorang dari
makmum keluar dari saf lalu sembahyang sendiri. Keadaan ini  diberitahu kepada Mu'az , lalu berkata : "Sesungguhnya orang itu munafiq."
Takala orang itu mendengar kabar bahawa ia ternoda, ia datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. pun berkata kepada Mu'az:
"Apakah engkau mahu jadi tukang fitnah?" . "Kalau engkau jadi imam cukup dengan membaca :
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (Surah Ash-Shams(Matahari) - Surah Ke 91 dalam Al - Quran)
atau
سَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى (Surah Al-Ala(Yang Maha Tinggi/Yang Tertinggi) - Surah Ke 87 dalam Al - Quran)
atau
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ (Surah Al-Alaq(Darah Beku/Gumpalan Darah) - Surah Ke 96 dalam Al - Quran)
atau
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى (Surah Al-Lail(Malam) - Surah Ke 92 dalam Al - Quran)


(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

0 comments:

Post a Comment