08/04/2013

Jalan Menuju Syurga Dan Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi saw bersabda :

"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan

"Syahwat" : syahwat yang diharamkan seperti arak, zina melihat ajnabi, mengumpat, melakukan sesuatu yang melalaikan dan sebagainya. Tidak termasuk dalam hadis ini syahwat yang diharuskan , tetapi makruh membanyakkannya kerana dikhuatiri boleh membawa kepada sesuatu yang haram, mengeraskan hati, meninggalkan ketaatan dan sebagainya
(Tuhfah al-ahwazi)

0 comments:

Post a Comment