Daripada Abu Umamahr.a : Nabi SAW bersabda :
"Bertakwalah kepada Tuhan kamu , Tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu(ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan Kamu"
(Riwayat al Tarmizi)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keterangan :
- Dikhususkan amalan dengan perkataan "kamu" agar terdapat kesesuaian antara perkataan yang berkaitan dengan amalan dan perkataan yang berkaitan dengan balasan iaitu "Syurga Tuhan Kamu" . Juga dapat dilangsungkan akad jual beli antara hamba dan Tuhannya, sebagaimana yang difirmankan Allah (bermaksud):
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mukmin akan diri mereka"
(surah a-Tawbah : 111)
-Al-Thibi mengatakan: Hikmah disandarkan dengan perkataan "Kamu" ialah :-
- Memberi tahu bahawa amalan amalan yang mempunyai kaifiyat yang tertentu ini adalah antara ciri ciri khusus yang dimiliki umat ini.
- menggesa agar bersegera mematuhi perintah dengan perintah yang diberikan.
- mengingatkan bahawa di sebalik penambahan perkataan ini terdapat penambahan ganjaran yang lebih tinggi dan sempurna iaitu syurga. Perkataan syurga pula disandarkan kepada sifat ketuhanan(rabb). Ia memberikan bayangan maksud tentang kelebihan pemerhatian daripada Tuhan dengan memberi nikmat yang berbza daripada umat umat lain.
(Tuhfah al ahwazi)
(Rujukan : "300 Hadis Bimbingan" Karangan Ustaz Zahazan Mohamed dan Ahmad Hassan Mohd. Nazam : Ms 51)
0 comments:
Post a Comment